Monday 30 April 2012

Saleem~Tinggal Kenangan

Layannn...

Tema hari pekerja 2012 “Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi”.


Hari Pekerja atau disebut juga sebagai Hari Buruh diraikan pada 1 Mei setiap tahun. Hari pekerja mula diiktiraf oleh kerajaan pada tahun 1973 apabila ia mengisytiharkan 1 Mei setiap tahun sebagai cuti umum. Perhimpunan Hari Pekerja yang diadakan di Malaysia mula dianjurkan oleh kerajaan pada tahun 1991 secara tetap setiap tahun.
Hari Pekerja pada 1 Mei ini sebenarnya ada kaitan dengan gerakan menuntut waktu bekerja selama lapan jam sehari. Sekitar tahun 1800 pekerja industri di Britain telah merungut kerana dikenakan waktu bekerja yang lama dan keadaan bekerja yang amat menyedihkan. Tetapi pada masa ini tiada gerakan yang dianggap drastik telah dilakukan.
Tema Hari Pekerja tahun ini adalah “Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi”. Pemilihan tema ini adalah seiring dengan inisiatif Kerajaan dalam membentuk budaya kerja yang kreatif dan inovatif ke arah negara berpendapatan tinggi. Bukan suatu usaha yang mudah untuk mereleasasikan matlamat negara yang semakin mencabar.
Selamat menyambut Hari Pekerja 2012 dan selamat bercuti untuk semua pekerja di Malaysia ni  yang telah bekerja keras selama ini dalam mencari rezeki. Semoga kita terus komited dalam melakukan segala kerja yang telah diamanahkan kepada kita.